Muzikal Lawak Superstar 3: Tepati ramalan! UBI dinobat juara, bawa pulang RM150,000
Gempak
September 24, 2022 09:30 MYT
September 24, 2022 09:30 MYT
KUMPULAN UBI diumum sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.
Bertemakan Benua dan Bebas, para bintang telah menyampaikan dua tugasan dengan sempurna.
Bagaimanapun UBI yang dianggotai oleh Fad, Sharif dan Namie berjaya memberikan persembahan mantap di kedua-dua pusingan.
Sketsa pertama, UBI berjaya memperoleh lima bintang daripada juri tetap, Najip Ali manakala yang kedua pula menerima lima bintang daripada Datuk Awie.
Superstar Paling Gempak untuk tahun ini diberikan kepada Shiha Zikir.
Sementara itu, naib juara pula dimenangi kumpulan CILI dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM75,000.
Tempat ketiga menjadi milik BAHROY dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
OOD pula akur ditempat keempat dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan trofi.
Kesemua bintang diadili 75% daripada juri tetap manakala 25% lagi adalah undian.
Pentas akhir MLS3 juga turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan, Khir Rahman, Luqman Hafidz
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad dan menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha serta Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go. -Gempak