Muzikal kisah hidup SuperMokh tarik perhatian peminat bolasepak

Astro Awani
November 8, 2013 08:28 MYT
Berpuas hati dengan persembahan malam pertama, Hans Isaac akan tetap melakukan pembaikan dalam pementasan seterusnya.
Selaku pengarah dan penerbit teater muzikal "SuperMokh", dia mahu memberikan kepuasan maksimum kepada penonton.
Teater yang menelan belanja hampir 3 juta ringgit itu membuka tirainya pada Rabu sehingga 18 November ini.
Dalam autobiografi muzikal ini, Awie menggalas peranan utama selaku pemain bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari.
Hans bertindak selaku pengarah bersama dengan penulis skrip, Harith Iskander.
Mokhtar, yang digelar SuperMokh, mula bermain untuk pasukan kebangsaan seawal usia 19 tahun.
Mengidap penyakit saraf, Mokhtar meninggal dunia pada Julai 1991 semasa berusia 37 tahun.
Teater muzikal ini bakal menyingkap perjalanan hidup Mokhtar sebagai seorang suami, bapa, rakan dan hero negara.
"SuperMokh" turut dijayakan Maya Karin, Dina Nadzir, Douglas Lim dan Rashidi Ishak.
#Istana Budaya #Mokhtar Dahari #SuperMokh #teater muzikal
;