Muzik dimatikan, Anang kena 'ejek' satu stadium kacau kemenangan Indonesia
Maliah Surip
Jun 12, 2024 21:39 MYT
Jun 12, 2024 21:39 MYT
PENYANYI Anang Hermasyah dan pasangan, Ashanty berdepan situasi memalukan apabila muzik mereka dimatikan sewaktu membuat persembahan usai pasukan bola sepak Indonesia menang perlawanan ke atas Filipina.
Tidak hanya muzik dimatikan, pasangan suami isteri itu juga diejek peminat bola sepak sebelum dilihat keluar meninggalkan Stadium Bung Karno di Jakarta, Indonesia.
Kali kedua hal yang membuat peminat bola sepak bengang adalah Anang bukan menyanyikan lagu keramat Indonesia Pusaka bagi meraikan kemenangan bersejarah tersebut sebaliknya mendendangkan dua lagu iaitu Kebyar-Kebyar dan Rindu Ini.
Muzik dimatikan
Dan muzik dimatikan sewaktu Anang sedang mendendangkan lagu Rindu Ini.
Lagu Indonesia Pusaka adalah lagu yang selalu dimainkan sebaik timnas berjaya mencetak sejarah kemenangan sebagai menghargai jasa dan perjuangan para pemain.
Timnas Indonesia atau Skuad Garuda mencetak sejarah apabila pertama kali berjaya lolos ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia.