Muka dan tubuh lebam, Izara kongsi cerita kemalangan di lokasi penggambaran

Astro Awani
Disember 19, 2019 15:01 MYT
Muka dan tubuh Izara lebam memang betul-betul berlaku, bukan solekan atau kesan khas.
PERKONGSIAN beberapa keping foto memaparkan wajah serta tubuhnya lebam biru selain gigi patah oleh aktres popular, Izara Aishah menjadi perhatian ramai.
Di akaun Twitter peribadinya, pelakon jelita itu 'mendedahkan' rahsia yang disimpan selama beberapa bulan insiden dia kemalangan ketika menjalani penggambaran drama bersiri Ombak Rindu.
Sekalipun tidak berkongsi dengan lebih mendalam 'rahsia' kemalangan itu, namun rata-rata netizen tergamam dan bersimpati dengan apa yang dilaluinya.
Kepada Astro AWANI, isteri kepada usaha Muhammad Adib Khalid itu bercerita, sebetulnya, kemalangan tersebut berlaku sekitar empat bulan lalu.
Ketika itu, dia menjalani penggambaran Ombak Rindu di pulau peranginan popular, Pulau Langkawi, Kedah.
Katanya, dia tidak sangka perkongsian berita itu mendapat perhatian banyak pihak kerana alasannya berbuat demikian ialah sebagai menjawab pertanyaan segelintir pihak mengenai kebenaran dia ditimpa musibah.
"Sebenarnya ramai juga yang bertanya kepada saya apakah benar saya kemalangan sehingga wajah tubuh lebam. Lalu, saya kongsi gambar-gambar yang diambil selepas insiden itu," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Khamis.

Dalam ombak rindu , something happened to me. Ada scene dalam tu lebam saya lebam betul Bukan make up. Thats why you see my face looks weird. We tried covering it with make up. Shooting Di malaysia ni you die baru they stop shooting kalau tak u must continue. pic.twitter.com/PgFjQsFIXa

— Madame Izara (@IzaraAishah) December 19, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Izara, 26, kemalangan yang dihadapinya itu tidaklah begitu serius dan keadaannya juga tidak membimbangkan.
"Sejurus kemalangan, pihak produksi membawa saya ke hsopital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan keadaan saya okey, tiada yang serius.
"Dan saya juga bersemangat untuk kembali ke lokasi penggambaran. Saya cuba untuk meneruskan kerja namun, pihak produksi berpendapat, saya harus berehat sebelum benar-benar bersedia. Jadi, saya bercuti selama seminggu," kata Izara berkongsi keprihatinan pihak produksi.
Ditanya bagaimana reaksi Muhammad Adib sebaik menerima berita kemalangan itu, Izara berkata, suaminya sangat terkejut serta bimbang dengan keadaannya.
Bahkan, kata Izara, Muhammad Adib juga menasihatkannya agara segera kembali ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Saya terangkan pada suami dan Alhamdulillah dia memahami. Syukur semuanya okey," kata Izara lagi.
Bagi Izara, pengalaman pahit yang dilalui di lokasi penggambaran itu bagaimanapun, tidak menjejaskan minat dan keghairahannya dalam gelanggang lakonan.
Sebaliknya, Izara menyifatkan 'pengorbanan' ini menjadikan dia lebih bersemangat untuk berlakon pada masa depan.
"Jangan risau, saya okey. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya," ujar Izara lagi.
#drama bersiri #gigi patah #Izara Aishah #muka lebam #Ombak Rindu #Penggambaran #tubuh lebam
;