Muhammad Rayyan Khalaf nama pilihan Elfira buat anaknya
Asyraf Roslan
Oktober 2, 2019 19:10 MYT
Oktober 2, 2019 19:10 MYT
MUHAMMAD Rayyan Khalaf demikian indahnya nama putera sulung kepada pelakon, Elfira Loy dan suaminya, Khairol Faris Anuar.
Di laman Instagramnya pada Rabu, Elfira berkongsi jantina serta nama pilihan buat cahaya matanya untuk tatapan peminat-peminatnya.
Dalam perkongsian itu juga, Elfira yang memuat naik gambar wajah bayi nya selain mengimbau pengalaman kali pertama melalui proses kelahiran dan bergelar ibu.
"Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik,"
"Ya Allah macam tak percaya.terima kasih Ya Allah , terima kasih keluarga , terima kasih sahabat , terima kasih semua yang mendoakan kami," katanya dalam kapsyen di Instagram.
Dalam perkongsian itu, Elfira turut memaklumkan dia dan anaknya berada dalam keadaan baik.
Elfira selamat melahirkan anak lelaki dengan berat 3.68 kg pada jam 5.40 petang di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan.
Elfira Loy, 25, dan Khairol Faris Anuar disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu.