Muat naik gambar bersama Hawa: 'Nanti kami uar-uarkan' - Zizan

Gempak
Januari 30, 2023 15:58 MYT
Rata-rata termasuk rakan artis mula mengucapkan tahniah kerana menganggap mereka mempunyai hubungan yang istimewa dan bakal mengumumkan perkahwinan. - Foto IG Zizan Razak
HANTARAN pelakon Zizan Razak di Instagram yang memuat naik fotonya bersama pengacara MeleTop, Hawa Rizwana telah membuat rata-rata menyangka mereka menjalinkan hubungan istimewa.
Malah kapsyenya yang memberitahu bakal mengumumkan sesuatu membuatkan netizen mula membuat andaian mereka bakal memaklumkan berita gembira mengenai hubungan mereka.
"Harap semua bertenang, nanti kami uar-uarkan. Kami janji," tulisnya.
Kemas kini itu menunjukkan foto Zizan dan Hawa sedang duduk bersebalahan dan tersenyum.
Rata-rata termasuk rakan artis mula mengucapkan tahniah kerana menganggap mereka mempunyai hubungan yang istimewa dan bakal mengumumkan perkahwinan.
"Kami tumpang gembira," komen pelawak Achey.
"Jangan lupa jemput tau," kata pelakon Datin Nina Juren
"Alhamdulilah, tahniah," ucap penyanyi Mila Jirin
Namun dalam posting seterusnya Zizan tampil memberi kenyataan tidak mahu semua salah sangka dengan kenyataannya itu.
Katanya dia dan Hawa bakal mengumumkan berlakon bersama dalam sebuah drama di televisyen sahaja bukan apa yang telah mereka fikirkan.
"Saya mahu semua rakyat Malaysia bertenang dan rileks...posting itu tadi niat saya adalah nak uar-uaekan cerita apa yang kami lakonkan akan keluar di TV sebab ini adalah lakonan pertama Hawa.
"Dia jadi lain pula ceritanya ya...dia jadi orang ingat saya dan Hawa ada apa-apa. Tidak bukan itu cerita dia.
"Saya jadi terkejut pula. Apa-apa pun terus sokong saya dan Hawa. Terima kasih sokong industri kita," beritahunya.
Zizan jelaskannya dalam sebuah video yang di muat naik ke IG miliknya.
Pun begitu hingga kini Zizan masih belum mengumumkan apakah naskah yang bakal menampilkan mereka berdua.
#Zizan Razak #Hawa Rizwana #hubungan romantik #selebriti tempatan
;