DUA hari lepas kecoh apabila pelakon Elfira Loy memuat naik foto bersama seorang jejaka di akaun Instagram (IG) miliknya.

Namun foto tersebut tidak menunjukkan sepenuhnya wajah lelaki tersebut menyebabkan ia menjadi tanda tanya ramai.

BACA: Netizen spekulasi Elfira Loy ada BF baru... Ye ke?

BACA: "Learning to walk away is hard, but staying to suffer is harder" - Sufian Suhaimi

Namun malam semalam, menerusi IG Storynya peminat telah bertanyakan siapa jejaka tersebut.

Meskipun menjawab soalan tersebut, namun Elfira sekali lagi buat ramai tertanya-tanya siapakah lelaki itu sebenarnya.

Elfira dengan ringkas dan bersahaja menjawab:

“Model poster,” tulisnya.


Terdahulu foto tersebut telah menimbulkan spekulasi bahawa Elfira kini telah bertemu pengganti dan lelaki yang berada di dalam foto tersebut merupakan teman lelaki baru Elfira.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi namun jodoh mereka tidak kesampaian.

Buang kebencian , lahirlah kebahagiaan ✨

A post shared by ٢٤ |