'Moving on with my little soldier' - Bella Astillah nekad mula hidup baru tanpa Aliff

Faris Danial Razi
Mei 14, 2019 21:23 MYT
BELLA: Saya sangat menghargai jika orang ramai berhenti menghantar pesanan kepada saya dan membuat spekulasi mengenai isu ini. -Instagram Bella Astillah
ISTERI kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah akhirnya mengeluarkan kenyataan melalui akaun Instagram miliknya selepas pelbagai spekulasi dibuat oleh netizen berkenaan suaminya yang didakwa curang.
Bella atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah membuat keputusan untuk meneruskan hidup tanpa suami demi kebaikan dirinya dan juga anak lelakinya, Ayden.
Kontroversi terbaharu timbul selepas gambar lelaki tidak memakai baju yang didakwa mirip Aliff dilihat sedang bermesra dengan seorang wanita.
BACA: Aliff Aziz buat hal lagi? Foto 'curang' mirip suami Bella Astillah tersebar
Susulan tersebarnya gambar tersebut, kalangan netizen pantas 'menyerang' Instagram milik Bella.
Menurut Bella menerusi laman Instagramnya, “Saya sangat menghargai jika orang ramai berhenti menghantar pesanan kepada saya dan membuat spekulasi mengenai isu ini.
#Aliff Aziz #Bella Astillah #Instagram #kantoi curang
;