"Mohon ampun sekiranya ada salah, silap sepanjang perkenalan" - Nabila Razali

Gempak
Februari 5, 2019 16:00 MYT
NABILA RAZALI bersama keluarganya berlepas ke Tanah Suci pada Selasa. - Gambar Instagram Nabila Razali
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Nabila Razali akan berangkat ke tanah suci Mekah hari ini bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nabila mengambil kesempatan meminta peminatnya mendoakan dia dan keluarga sepanjang mengerjakan ibadah di Tanah Suci selain memohon maaf atas segala khilafnya.
"Dikesempatan ini saya Nur Nabila Binti Mohd Razali ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap saya sepanjang perkenalan kita.
"Sebentar lagi saya dan keluarga akan berangkat mengerjakan ibadah umrah dan saya mohon doa anda semua supaya dipermudahkan umrah saya kali ini.
"Semoga saya memperoleh umrah yang mabrur, Insya-Allah, Amin," tulisnya.
Menerusi gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan agar Nabila dan keluarga sentiasa diberi kesihatan yang sihat ketika berada di Mekah dan Madinah.
#Akademi Fantasia #Instagram #Madinah #Mekah #Nabilah Razali #penyanyi #Tanah Suci
;