PENYANYI Siti Sarah melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan.

Sarah berkongsi berita gembira itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya pada Rabu.

Menurut Sarah, dia berasa bangga dan gembira dengan pencapaian anak kesayangannya itu.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah… Dapat top 2 hafazan. Moga Uwais menjadi anak yang soleh. I love you sayang,” tulisnya.

Alhamdulillah syukur ya Allah.. daapt top 2 hafazan .. moga uwais menjadi anak yg soleh .. i love u sayang ..

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Uwais.

“Alhamdulillah, syukur semoga Uwais menjadi anak yang soleh. Amin,” tulis @_anoi_

“Alhamdulillah... Terbukti hebat didikan Sarah dan Shuib,” komen @citra_matahari

“Alhamdulillah, tahniah untuk Uwais… Tahniah juga untuk ibu Uwais @sitisarahraissuddin dan bapa Uwais @shuibsepahtu,” puji @sanissaanis

Terdahulu, Sarah yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada tahun 2011 telah dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.