'Moga terus kuat' - Zahnita Wilson sebak dapat sokongan daripada warganet
Gempak
Disember 4, 2024 13:10 MYT
Disember 4, 2024 13:10 MYT
PELAKON dan bekas model, Zahnita Wilson meluahkan rasa syukurnya kerana mendapat sokongan daripada orang ramai selepas mendedahkan dirinya merupakan mangsa keganasan rumah tangga.
Ringkasan AI
- Zahnita Wilson meluahkan rasa syukur atas sokongan orang ramai selepas mendedahkan dirinya mangsa keganasan rumah tangga.
- Zahnita kelihatan sebak membaca komen-komen semangat dari warganet dan rakan selebriti, dan sempat mempromosikan jualannya.
- Industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan Zahnita yang mendakwa dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse, dan pernah memfailkan cerai pada 2013.
“Assalamualaikum, terima kasih untuk ucapan dan sokongan.
“Saya akan bersama dengan anda sebentar lagi,” ujar Zahnita menerusi ruangan komen.
Menerusi video yang dimuat naik juga menunjukkan Zahnita kelihatan sebak membaca komen-komen warganet dan rakan selebriti yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Pada masa sama, Zahnita juga sempat mempromosikan jualannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakannya agar terus kuat melalui ujian dan dipermudahkan segala urusan.
“Sending you virtual hug? Keep going!
“Kalian semua. Sokong bisnes dia. Untuk dia berjuang untuk anak-anak juga diri sendiri. Kita nak Zahnita 'Kuliah Cinta' kembali. Pernah makan humble pie dia. 'Member' beli. Memang sedap and worth it.
“Virtual hugs & kisses for you. Let me be your shoulder to cry on. Major love buat you. Keep on fighting.
“Saya menangis sekali bila tengok video sis ni. Moga terus kuat ya. I will support you, sis. Love you.
“Stay strong sis, like you always did, support you from far, hugs and kisses,” kata netizen.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan Zahnita yang mendakwa telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Dakwaan itu dibuat selepas Zahnita berkongsi matanya lebam seperti dipukul.
Sekadar info, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata. -Gempak