Model dan pelakon Alan Yun akhiri zaman bujang

Gempak
Januari 24, 2019 04:00 MYT
WAJAH ceria pasangan pengantin baharu, Alan Yun dan isterinya, Emily Lim.
MODEL dan pelakon Alan Yun yang cukup terkenal suatu ketika dulu mengakhiri zaman bujangnya bersama wanita pilihannya, Emily Lim, pada 19 Januari lalu.
Alan Yun merupakan model yang terkenal sebelum diangkat menjadi seorang pelakon oleh pengarah filem Allahyarham Yasmin Ahmad dalam filem Gubra bersama Sharifah Amani.
Selain menjadi model iklan-iklan tempatan dan luar negara, Alan juga pernah berlakon untuk filem Tanda Putera.
#Alan Yun #Gubra #model #pelakon #Sharifah Amani #Yasmin Ahmad