Kemenangan kumpulan Zero sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) turut mendapat pertikaian beberapa pihak terutama apabila terdapat elemen air mata di dalam persembahan mereka.

Memasuki persembahan kedua kumpulan berasal dari negeri Sabah ini dilihat mengalirkan air mata apabila menyanyikan lagu ‘Ayah’.

Syaiful dan Atu dilihat telah meletakkan muka di bahagian bahu Shaiful kerana tidak mampu menahan sebak.

MLM

Disebabkan itu ada sesetengah pihak mendakwa kumpulan ini meraih simpati penonton untuk bergelar juara sejak dari pertama kali mengeluarkan kenyataan tentang kegunaan wang kemenangan mereka.

Bagaimanapun kelab peminat Zero menerusi Instagram Zero Official Fan Club telah menafikan perkara tersebut dengan memuat sekeping foto yang menepis dakwaan tersebut.

Kumpulan Zero telah diumumkan sebagai juara MLM 2014 yang disiarkan secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada malam Jumaat.

Kumpulan Zero yang dianggotai oleh Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli Sahrif turut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

Selain itu menerusi akaun Instagram tersebut turut dikongsi tentang 11 fakta menarik tentang tiga beradik ini:

mlm, zero