Misi bantuan Yazit Search oleh SinarFM
Shamil Hizamie
Julai 16, 2015 13:47 MYT
Julai 16, 2015 13:47 MYT
Ahli kumpulan dan pemain dram kumpulan rock Search, Yazit Ahmad baru-baru ini dimasukkan ke hospital Kuala Lumpur kerana keracunan di bahagian jantung.
Pemuzik berusia 53 tahun itu sudah bertahun-tahun menderita penyakit buah pinggang dan memberlukan bantuan untuk menjalani rawatan dan pembedahan.
Sehubungan dengan itu, stesen radio Sinar FM dan Era FM telah memulakan kempen derma bagi membantu meringankan beban beliau.
Menurut Pengurus Sinar FM, Shidah Khasim berkata hasil kutipan derma akan disalurkan kepada dana bagi Yazid menjalani rawatan.
“Bersesuaian dengan tagline Sinar FM iaitu ‘menyinari hidupmu’, misi bantuan Yazit dilancarkan untuk memberi harapan dan sinar kepadanya,” ujar Shidah.
Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan bolehlah menderma ke akaun Bank Rakyat, Yazit Bin Ahmad. Nombor akaun 22-146-101210-0.
Butiran lanjut bolehlah layari www.sinar.fm.