Misha tidak mahu wang tunai, barang berjenama sebagai hantaran

Astro Awani
Februari 5, 2014 09:09 MYT
Misha dan tunangnya Firos Ezzwan Rossly
Sekian lama berteka teki mengenai perkahwinannya, Misha Omar akhirnya mengesahkan akan bernikah pada Mei ini.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Bunga Bunga Cinta' ini akan diijabkabulkan dengan tunangnya yang merupakan seorang juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia, Firos Ezzwan Rossly.
Penyanyi itu juga menetapkan syarat untuk tidak diberikan wang tunai atau barangan berjenama sebagai hantaran.
#Firos Ezzwan Rossly #Misha Omar #tarikh perkahwinan