Misha Omar berterus terang, akan kahwin Februari 2014
Astro Awani
Jun 27, 2013 15:47 MYT
Jun 27, 2013 15:47 MYT
Misha Omar akhirnya mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga pada Februari tahun depan.
Tunang kepada Firos Ezzwan Rosly itu bagaimanapun belum menetapkan tarikh sebenarnya.
Tarikh perkahwinan akan ditetapkan apabila keluarga kedua-dua pihak berjumpa semasa sambutan hari raya Ogos nanti.
Misha dan Firos sepatutnya bernikah tahun ini namun terpaksa ditunda akibat kesibukan mereka.
Misha bertunang dengan Firos, seorang juruterbang Malaysia Airlines di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu pada 20 Februari 2012.
Penyanyi "Bunga-Bunga Cinta" itu merancang untuk bernikah di kediaman keluarganya di Kota Bharu dan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur.
Sementara itu Misha Omar bakal melancarkan single terbarunyab "Ku Bermimpi" selepas sambutan Hari Raya.
Selepas kejayaan "Angin Syurga” beliau berharap single terbaru ini akan diterima peminat.
Klik video untuk laporan penuh.