Mira Filzah, Kamal Adli bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih

Gempak
Julai 25, 2024 08:26 MYT
Drama berjudul Hikayat Bawang Merah Bawang Putih itu turut dibintangi Kamal Adli, Nabila Huda, Amalina Arham, Lisa Surihani dan ramai lagi. -Gempak
PELAKON jelita Mira Filzah antara bintang utama drama rantaian empat episod adaptasi daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih.
Drama berjudul Hikayat Bawang Merah Bawang Putih itu turut dibintangi Kamal Adli, Nabila Huda, Amalina Arham, Lisa Surihani dan ramai lagi.
Hikayat Bawang Merah Bawang Putih mengisahkan kehidupan Bawang Putih anak yatim yang tinggal bersama ibu tiri dan adik tiri.
Hidupnya terseksa dengan deraan dari mereka hingga menyebabkan dia melarikan diri.
Terperangkap di dalam Hutan Larangan, Bawang Putih bertemu dengan Pari-Pari yang mahu menjodohkannya dengan seorang Putera rupawan. -Gempak
#Mira Filzah #Kamal Adli #Bawang Merah Bawang Putih #Nabila Huda