Mira Filzah bakal tamatkan zaman bujang?

Asyraf Roslan
Disember 24, 2019 23:11 MYT
Mira hanya meminta peminat dan masyarakat mendoakan yang terbaik untuk dirinya. - Foto Instagram / @RicoRinaldi
Setiap insan di dunia sudah pasti ingin hidup berpasangan.
Demikian juga dengan pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, ketika ditanya, Mira hanya meminta peminat dan masyarakat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
"Niat itu ada, tapi bila itu belum tahu lagi.
"Lihat pada rezeki juga, kalau ada saya akan umumkan nanti," katanya ketika ditemubual selepas pertunjukan fesyen Resort Wear & Bridal Rico Rinaldi 2020 di Le Gardens Pavilion, Sungai Buloh, Selangor pada Selasa.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 26, juga mengakui sedang dalam proses mengenali pasangannya itu.
Pada masa sama, Mira turut menyatakan bahawa dia sangat gembira kerana dipilih sebagai 'Muse' bridal Rico Rinaldi 2020 kerana baginya Rico merupakan antara pereka fesyen pilihan Mira dalam menjalinkan kerjasama.
"Sebenarnya lama juga dia memujuk saya untuk bekerjasama dan kami akhirnya punyai masa yang sesuai dan terjadilah kolaborasi ini.
"Sememangnya Rico antara pereka fesyen yang sudah lama saya mahu berkerjasama. Jadi, inilah peluang terbaik kami," jelasnya.
#Gamuda Gardens #kahwin tahun depan #Mira Filzah #Mira Filzah kahwin #resti ibu-bapa #Rico Rinaldi #tamatkan zaman bujang #Zizan Razak
;