'Minta maaf tapi masih berhubung' - Shuhada jelaskan sebab ditumbuk Hafidz Roshdi
Gempak
Mac 6, 2023 16:10 MYT
Mac 6, 2023 16:10 MYT
TERTANGKAP kali kedua berhubungan dengan orang ketiga dikatakan menjadi punca pelakon, Hafidz Roshdi bertindak menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sebanyak tiga kali pada bahagian muka.
Perkara itu didedahkan Shuhada menerusi ruangan komen selepas ditanya oleh seorang pengikutnya mengenai punca dia ditumbuk oleh lelaki berkenaan.
Menurut Shuhada, hubungan Hafidz dan pihak ketiga masih lagi berlanjutan walaupun wanita itu kononnya sudah membuat permohonan maaf selain berjanji akan menamatkan komunikasi antara mereka.
“Sebab dia kantoi for the second time dengan Shu even before dia lafaz cerai pun, pihak sana buat permohonan maaf takkan contact segala mak nenek tapi diorang still berhubungan,” jelasnya.
Malah dalam komen yang sama juga, Shuhada menyifatkan suaminya itu bimbang kekasih hatinya berdepan dengan kecaman netizen sekali lagi.
“Hafidz takut dengan bayang bayang dan kesalahan dia sendiri, tiada provokasi, hanya ketakutan dalam diri bakal kena viral sebab kekasih hati takut kena kecam lagi,” tulisnya.
Terdahulu, Shuhada mendakwa ditumbuk sebanyak tiga kali oleh Hafidz di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh di ibu negara, pada Khamis lalu.
Kejadian itu menyebabkan Shuhada menerima 10 jahitan pada bahagian muka.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro GEMPAK