"Minta maaf kepada yang tak selesa, geli" - Ika Nabella komen video 'cium mulut'

Gempak
Disember 6, 2017 15:16 MYT
IKA: "Ia berlaku secara tidak sengaja. Suami nak cium pipi, tapi bila saya toleh ciuman tersebut terkena pada bibir. Malah, saya tergelak sebab rasa kelakar.-

"Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang tidak selesa atau rasa geli dengan video tersebut.

"Ia berlaku secara tidak sengaja. Suami nak cium pipi, tapi bila saya toleh ciuman tersebut terkena pada bibir. Malah, saya tergelak sebab rasa kelakar.”
Itu jawapan Ika Nabella ketika diminta mengulas mengenai video boomerang yang dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini yang menampakkan dia dan suami seakan bercium.
Ika Nabella turut memohon maaf kepada segelintir pihak yang tidak senang melihat video boomerang tersebut.

Tambah Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 28, ciuman tersebut bukanlah dirancang tetapi berlaku secara tidak sengaja.
"Kalau anda lihat betul-betul saya bukan cium mulut dengan suami. Malah, kami tidak merancang untuk melakukannya,”ujarnya.
Dia juga tidak menyangka video tersebut menjadi tular sehingga ada yang rasa tidak senang melihatnya.
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang memahami situasi tersebut dan berasa hairan perkara tersebut boleh menjadi isu.
"Saya tak sangka video itu boleh jadi tular. Sebab saya kongsi sebab rasakan benda itu kelakar.
"Nasib baik ada juga sesetengah orang yang faham situasi itu dan mereka juga pelik kenapa nak diperbesarkan perkara tersebut," ujarnya.
Buat masa ini Ika belum merancang untuk memadam video tersebut.
Dalam perkembangan lain, bekas bintang program realiti Akademi Fantasia 6 ini baru sahaja selesai penggambaran filem Awang Gerudi yang akan ditayangkan pada tahun depan.
Sumber: mStar Online
Foto: Instagram Ika Nabella

#Akademi Fantasia #boomerang #cium mulut #ciuman #Ika Nabila #mohon maaf #video
;