Minta henti spekulasi, mohon hormat keluarga Syazlin - Sepupu

Gempak
November 12, 2022 03:20 MYT
Syazlin ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar. - Gempak
SEPUPU kepada pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal iaitu Trisya meminta netizen berhenti membuat pelbagai dakwaan mengenai berhubung punca kematian Allahyarham.
Trisya menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya berharap netizen dapat menghormati keluarga arwah.
“Ramai yang DM saya, maaf tak sempat nak reply. Semuanya masih dalam siasatan. Stop buat kenyataan yang tak benar dan saya mohon hormat keluarga Allahyarhamah Syazlin Zainal. Biarlah keluarganya sendiri memberi kenyataan,” maklumnya.

Mohon doakan for my cousin, Syazlin Zainal. Semoga Alin tenang di sana & syurga buatmu. Baru je kita contact nak jumpa (Al-Fatihah dibaca). pic.twitter.com/Q0hJKau2lm

— Mademoiselle (@TrisyaAzahar) November 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Pelakon drama Sitik Tok, Syazlin Zainal meninggal dunia
BACA: Jatuh dari tingkat 22, polis dedah punca kematian pelakon Syazlin Zainal
Terdahulu, Syazlin ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, semalam.
Perkara itu juga disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat. - Gempak
#Syazlin Zainal #spekulasi #punca kematian #Trisya