Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 berlangsung 8-12 Ogos ini

Astro Awani
Julai 25, 2018 19:44 MYT
Menurut pengasasnya, Andrew Tan, KLFW akan membariskan nama nama pereka baru dan terkemuka seperti Farah Khan, Rizman Ruzaini, Alia Bastaman, Fiziwoo, Mimpikita dan ramai lagi. - Gambar fail
Kembali untuk tahun keenam, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini bersedia menerima kunjungan peminat dan pemain industri fesyen tempatan.
KLFW 2018 kali ini akan membawakan lebih 100 pereka fesyen yang bakal memperagakan koleksi ‘Ready-to-wear’ masing-masing bermula 8 sehingga 12 Ogos ini.
Berlangsung di lokasi rasmi pusat beli belah Pavillion, KLFW 2018 yang turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk tahun kedua.
Menurut pengasasnya, Andrew Tan, KLFW akan membariskan nama nama pereka baru dan terkemuka seperti Farah Khan, Rizman Ruzaini, Alia Bastaman, Fiziwoo, Mimpikita dan ramai lagi.
“Sepanjang enam tahun di dalam industri, kita telah lalui pelbagai cabaran, tetapi itu tidak menjadikan ia sebagai satu beban untuk terus melangkah mencapai impian bagi mengembangkan KLFW sebagai satu platform berpengaruh buat industri fesyen Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya yang temui di majlis perlancaran KLFW 2018 yang diadakan di ibu negara pada Rabu.
Antara yang menarik yang akan disajikan nanti adalah sambutan 10 tahun jenama Mimpikita akan diadakan pada malam pembukaan KLFW 2018 dan sambutan ulangtahun ke 15 majalah Harper’s Bazaar bersama 15 pereka tempatan.
#Andrew Tan #KLFW #Minggu Fesyen Kuala Lumpur
;