Miliki 69 juta pengikut, Selena Gomez kini selebriti paling popular Instagram
Madiha Abdullah
Mac 15, 2016 13:30 MYT
Mac 15, 2016 13:30 MYT
PENYANYI dan pelakon antarabangsa, Selena Gomez, menewaskan rakan baiknya, Taylor Swift, untuk menjadi personaliti dengan pengikut paling ramai di laman sosial Instagram.
Gomez setakat ini mengumpul 69.4 juta pengikut.
Swift sebelum ini mengungguli senarai pengikut paling ramai, namun kini dia terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 69.2 pengikut, di hadapan bintang realiti TV, Kim Kardashian.
Kardashian kini di tempat ketiga selepas mengumpul 63.6 juta pengikut.
Namun apa yang menarik, ada dalam kalangan netizen berpendapat agak pelik apabila Gomez memiliki pengikut yang ramai, namun sehingga kini masih belum memiliki album dalam kategori best seller.
Biarpun merupakan antara artis yang dikategorikan sebagai nama besar di Hollywood, hakikatnya kemampuan Gomez dalam bidang seni disifatkan ramai sebagai masih samar.
Ini terbukti apabila album sulungnya, Star Dance, yang dilancarkan pada 2013, setakat ini masih gagal menerima penarafan dari Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).
Begitu juga kerjaya lakonannya dikatakan masih belum mampu menonjolkan kemampuannya yang sebenar.