Mila dan Nubhan selesa tidak diikat syarikat rakaman
Astro Awani
Mac 5, 2013 07:55 MYT
Mac 5, 2013 07:55 MYT
Bintang rancangan realiti Akedemi Fantasia Mila Jirin dan Nubhan akui selesa bergerak sendiri.
Terbaru mereka memperkenalkan lagu duet berjudul “Cinta Kasih” hasil ciptaan penulis Nurzaidi Abdul Rahman yang pernah memenangi pelbagai anugerah menerusi lagu ciptaan terdahulunya, “Ombak Rindu”.
Kedua-dua penyanyi ini diberi masa seminggu untuk menghafal melodi lagu tersebut sebelum rakaman dimulakan.
Lagu tersebut mendapat sambutan baik pendengar apabila berada di kedudukan selesa menerusi kebanyakkan carta muzik radio.
Lebih bebas berkarya membuatkan Mila dan Nubhan gemar bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.
Mila dan Nubhan ditemui pada majlis pelancaran single duet “Cinta Kasih” di Red Box, Kuala lumpur pada Selasa lalu.