Metallica akan beraksi di Malaysia buat pertama kalinya

Astro Awani
Julai 4, 2013 12:41 MYT
Kumpulan rock heavy metal Metallica mengesahkan akan membuat persembahan di Kuala Lumpur dalam siri jelajahnya ke Asia pada Ogos ini.
Metallica akan beraksi di Stadium Merdeka pada 21 Ogos, tiga hari sebelum meneruskan jelajahnya ke Singapura.
Pengesahan tarikh konsert di Kuala Lumpur itu dibuat melalui laman webnya hari ini.
Ini merupakan konsert pertama Metallica di Malaysia dan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminatnya.

Malaysia! We'll see you for the first time on August 21 in Kuala Lumpur! #MetOnTour http://t.co/pxWFyqrSnB

— Metallica (@Metallica) July 4, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiket-tiket akan mula dijual pada Sabtu, 6 Julai mulai pukul 11.30 pagi di Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia juga akan dijual melalui dalam talian mulai pukul 10 pagi pada Isnin, 8 Julai di www.ticketcharge.com.my dan www.galaxy.com.my.
#Kuala Lumpur #Metallica #penjualan ticket
;