Meta berjaya dapatkan nama domain Threads.com

Amanz
September 26, 2024 12:40 MYT
Threads mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif setiap bulan, dan nama domain akan memainkan peranan penting dalam pemasaran perkhidmatan ini. -Gambar fail/Reuters
META sedia melancarkan perkhidmatan Threads dengan menggunakan nama domain .net.

Ringkasan AI
  • Meta melancarkan Threads menggunakan domain .net, sementara domain Threads.com pada mulanya dimiliki oleh perkhidmatan lain yang diambil alih oleh Shopify.
  • Meta kini memiliki domain Threads.com, tetapi belum diketahui bila atau jika mereka akan beralih sepenuhnya dari Threads.net ke Threads.com.
  • Threads mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif setiap bulan, dan nama domain akan memainkan peranan penting dalam pemasaran perkhidmatan ini.

Ketika pengenalannya, sebuah perkhidmatan lain menggunakan nama domain Threads.com, yang menawarkan perkhidmatan seumpama Slack.
Namun, beberapa bulan yang lepas, perkhidmatan berkenaan telah diambil alih oleh Shopify, dan kini nampaknya nama domain .com berkenaan telah beralih kepada pihak Meta.
Melalui kemas kini hak pemilikan domain, Threads.com kini dilihat telah dimiliki oleh Meta. Tidak diketahui bilakah pihak Meta akan mengalihkan keseluruhan perkhidmatan mereka daripada Threads.net kepada Threads.com – atau memilih untuk terus menggunakan domain .net sahaja buat masa ini.
Threads pada hari ini sedia mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif setiap bulan, dan semestinya nama URL akan memainkan salah satu perkara penting apabila perkhidmatan berkenaan cuba dipasarkan dengan lebih meluas lagi.
Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya untuk Threads oleh Meta ini. -Amanz
#Threads #Meta #nama domain #Shopify
;