Meskipun sering dijadikan parodi, gaya Neelofa dapat perhatian agensi antarabangsa

Sinar Harian
Oktober 30, 2018 16:27 MYT
Gaya Neelofa menarik perhatian agensi antarabangsa - Foto nstagram/@neelofa
PELAKON dan pengacara Neelofa mengakui tidak pernah mengambil serius tentang kritikan dan kecaman dari netizen tentang keberaniannya dalam berfesyen.
Biarpun gayanya sering diparodi malah menjadi bahan sendaan, kata Lofa, dia langsung tidak terkesan situsi tersebut, sebaliknya sentiasa cuba memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya.
“Saya tahu apa yang saya buat selama ini, malah sendaan itu sebenarnya menjadi ruang untuk saya memperbetulkan kelemahan yang ada.
“Saya sentiasa ambil selangkah ke depan kerana jika tidak, saya sama seperti mereka yang gemar mencari perkara negatif.
“Dalam berfesyen, saya suka bereksperimen dan ada kalanya agak berani. Tetapi, saya sentiasa berusaha untuk melebarkan sayap dalam bidang fesyen dan kecantikan di luar negara,” katanya sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar.
BACA: Neelofa orang ketiga dunia menginap di hotel mewah RM200,000 semalam
BACA: Kecoh netizen sarung beg tiru Neelofa
BACA: Kes saman fitnah Neelofa terhadap Oh My Media dan Rotikaya selesai
HASRAT Neelofa bakal menjadi kenyataan apabila dia telah mendapat perhatian daripada dua buah agensi antarabangsa di London dan Paris yang berminat untuk menawarkan kontrak di bawah pengurusan mereka.
Kongsi pengacara MeleTOP ini lagi, di bakal bertemu agensi terbabit pada bulan depan untuk menandatangani kontrak terbabit dalam usahanya untuk mengukuhkan lagi namanya dalam bidang fesyen muslimah dan kecantikan.
Bagaimanapun, kata Neelofa yang pernah dinobatkan sebagai Pengacara TV Popular sebanyak lima kali di Anugerah Bintang Popular ini, kerjasama tersebut tidak membabitkan kerjayanya dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
Dalam pada itu, Neelofa buat masa ini belum bersedia mengumumkan nama kedua-dua agensi terbabit.
#Cuba #fashion #London #Neelofa #Paris
;