Meskipun masih di hospital, Syamsul Yusof tetap nikah esok
Astro Awani
Mac 7, 2014 17:59 MYT
Mac 7, 2014 17:59 MYT
Meskipun masih berada di hospital kerana demam denggi namun perancangan Syamsul Yusof untuk bernikah pada Sabtu ini akan diteruskan.
Namun majlis resepsi yang sepatutnya dijalankan pada sebelah malam akan ditunda ke hujung Mac.
Datuk Yusof Haslam mengesahkan pernikahan Syamsul dan pasangannya, pelakon Puteri Sarah Liyana akan berlangsung seperti yang dirancang.
Majlis pernikahan Syamsul dan Sarah akan diadakan di Masjid Sri Damansara, Petaling Jaya pada pukul 10 pagi.
Syamsul dikatakan ingin meneruskan pernikahan tersebut kerana tidak ingin urusan perkahwinannya ditunda lebih lama lagi.