Mesej Neelofa buat pengundi, jangan lupa satu benda penting ini

Nursyazwani Saiful Sham
Mei 8, 2018 15:04 MYT
Neelofa turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak lupa membawa kad pengenalan. Foto: Instagram/@Neelofa
Personaliti televisyen dan usahawan, Neelofa mengajak rakyat Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan berlangsung esok.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerusi platform media sosial Twitter miliknya menyeru rakyat untuk membuang undi berdasarkan pilihan masing-masing.
“Esok, rakyat Malaysia akan menentukan masa hadapan negara ini. Keluar mengundi dan laksanakan tanggungjawab anda serta memilih yang terbaik buat negara,” katanya.
Neelofa turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak lupa membawa kad pengenalan.

Tomorrow Malaysians will decide the future of this nation. Exercise your right, go out and vote wisely! Polling stations open from 8 am til 5 pm and don forget to bring your IC! #GE14 #MalaysiaMemilih

— Neelofa (@Neelofa) May 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, posting Neelofa terdahulu turut menyeru agar rakyat Malaysia untuk sentiasa berada dalam keadaan selamat semasa hari pengundian yang akan bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang.

Safe trip to everyone who traveling to cast their votes tomorrow! Stay safe and take care! /p>— Neelofa (@Neelofa) May 8, 2018

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Neelofa #Personaliti Televisyen #pilihan raya #PRU14 #undi #usahawan