Menjejaki kisah cinta Mira Filzah, Wan Emir dalam "In Love with Mira"
Asyraf Roslan
September 4, 2020 09:55 MYT
September 4, 2020 09:55 MYT
PELAKON dan pengacara Mira Filzah baharu sahaja menamatkan zaman bujangnya apabila selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar dengan sekali lafaz pada Khamis.
Namun bagaimana persiapan mereka dalam menuju hari bahagia?
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dan saluran Naura akan hadir dengan sebuah program ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’.
Program berdurasi 30 minit mengisahkan perjalanan pasangan tersebut dalam mencari jawapan kepada pelbagai persoalan tentang alam rumah tangga, sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya.
Dalam program ini, anda akan melihat bagaimana pasangan dua sejoli ini mendapatkan nasihat dan bimbingan terbaik demi kebahagiaan sebelum ke jenjang pelamin antaranya daripada Datuk Prof Dr Muhaya, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Datuk Badli Shah, Imam Muda Asyraf, Ustazah Asni Mansor, dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
"In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta" akan disiarkan selama lapan episod berturut-turut bermula 7 September di saluran NAURA (saluran 109), Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124).
#In Love with Mira Sebuah Cerita Cinta
#Mira Filzah
#Naura
#Nur Amirah Filzah Badioezaman
#perkahwinan
#Wan Emir
#Wan Emir Astar