Mengenang Yasmin Ahmad
Astro Awani
Julai 25, 2013 09:00 MYT
Julai 25, 2013 09:00 MYT
Hari ini genap empat tahun pemergian pengarah filem tersohor, Yasmin Ahmad yang dikenali menerusi filem-filemnya seperti Sepet, Muallaf dan Talentime.
Karya beliau telah menyentuh jiwa sebilangan besar rakyat Malaysia, bukan sahaja menerusi filem-filem arahannya tetapi juga iklan-iklan televisyen terutamanya pada musim perayaan.
Berikut merupakan iklan-iklan televisyen yang beliau hasilkan atau ikut terlibat sama ada sebagai penulis, pengarahatau pengarah kreatifnya:
One Little Indian Boy (Merdeka 1996 & 1997)
Tan Hong Ming (Merdeka)
Race
Lee Yen's Best Friend (Kongsi Raya 1997)
Different World (Kongsi Raya 1997)
Local Hero (Merdeka TVC 1998)
Forgiving ( Hari Raya 1998 )
Nobody's Child (Chinese New Year)
Param's Bicycle (Merdeka 2003)
Cekodok Monster
Funeral (commissioned by the Ministry of Community Development, Youth and Sports of Singapore)
Family (commissioned by the Ministry of Community Development, Youth and Sports of Singapore)
Iklan-iklan ini kini jadi ingatan dan pengubat rindu kita empat tahun selepas pemergiannya.
Apakah iklan kegemaran anda?