Mengenali Beyonce melalui 'Life is but a dream'
Astro Awani
Januari 16, 2013 23:14 MYT
Januari 16, 2013 23:14 MYT
Dokumentari ‘Life is but a Dream’ akan membolehkan peminat penyanyi Beyonce Knowles mendekatinya dengan lebih dekat.
Dokumentari autobiografi ini membawa peminat menyelami kehidupan diva R&B ini secara peribadi.
Dokumentari ini memaparkan visual beyonce ketika di balik tabir, di atas pentas, rakaman di studio, sewaktu latihan dan aktivitinya di rumah.
Penyanyi berusia 31 tahun ini turut bercerita mengenai inspirasi kerjayanya dan bagaimana dia menjalani hidup sebagai bintang ternama.
Dokumentari ‘Life is a but a Dream’ akan disiarkan di saluran HBO pada 16 Februari.
Sementara itu, Beyonce dilaporkan kekal sebagai teraju filem ‘A Star is Born’, versi baru yang diterbit dan diarahkan Clint Eastwood.
Pembikinan filem berkenaan dihentikan buat sementara waktu sebelum ini selepas Beyonce diberitakan hamil.