Menderita tumor otak, anak Bob Lokman meninggal dunia

Gempak
Oktober 5, 2018 04:08 MYT
Adam, 25 tahun, sentiasa menemani bapanya, Bob Lokman, ke merata tempat mengikuti program dakwah. - Foto Astro GEMPAK
ANAK kepada pelakon dan penceramah bebas, Bob Lokman iaitu Mohamad Adam Mohd Hakim Lokman meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi selepas rebah di beranda rumahnya.
Menerusi entri di Instagram (IG), pelakon Adam Hamid Jarnail, mengakui sedih dengan berita permergian anak Bob Lokman.
"Inna lillahi wa inna ilaihi roo'jiun. Pergimu di Pagi Jumaat yang penuh kemuliaan #HusnulKhotimah.
"Telah kembali ke Rahmatullah anakanda kepada abang Bob Lokman , Mohamad Adam Bin Mohd Hakim Lokman (25 tahun) rebah di beranda rumahnya di Saujana Akasia Sg Buloh, sekitar jam 1 pagi tadi - Jumaat 24 Muharram 1440H - 5/10/2018.
"Adam anak yang sangat baik, menjaga Abang Bob saat terlantar sakit, dia umpama tangan kanan yang tidak pernah berpisah dengan ayahnya. Masih terbayang-bayang senyum dan ketawa kecilnya, menyuap makanan pada ayahya di hospital.
"Mereka berdua terlalu rapat, Adam sentiasa menemani ke merata tempat mengikuti program dakwah Abang Bob ke Sabah, Pulau Perhentian, menyumbangi seluruh negara. Adam mempunyai sejarah lampau, sakit brain tumor.
"Solat jenazah Adam akan di lakukan di Masjid al Hikmah, Kuang, Sungai Buloh usai solat jumaat. Saya (Ustaz Dr Riduan Md Noor) mewakili keluarga Abang Bob Lokman, merayu teman-teman untuk sama-sama solat jenazah anak muda ini, anak yang taat serta suka berbakti kepada keluarga," tulisnya.
Kami di Gempak mengucapkan takziah pada keluarga Bob Lokman dan semoga roh Allahyarham Mohamad Adam Mohd Hakim Lokman tempatkan dikalangan orang-orang soleh.
#anak #Bob Lokman #Instagram #meninggal dunia #Mohamad Adam Mohd Hakim Lokman #otak #pelakon #sakit #tumor