Menari seksi: Fathia Latiff mengaku malu

Gempak
September 20, 2017 14:37 MYT
Fathia (gambar) telah berkongsi permohonan maaf di akaun media sosial Instagramnya, malam semalam.

JIKA sebelum ini Fathia Latiff menafikan dirinya terlibat dalam video Bigo Live yang tular di laman sosial sejak Jumaat lalu, semalam pelakon ini tampil membuat pengakuan dialah wanita menari seksi tersebut.

Pelbagai reaksi diberikan netizen selepas pengakuan dibuat Fathia termasuk yang menyuruh bekas kekasih pelakon Aiman Hakim itu menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran.

Tidak kurang juga yang menyelar tindakan Fathia dan menganggap dia tidak berfikir sebelum bertindak melakukan sesuatu.

Pada masa sama Fathia telah berkongsi permohonan maaf di akaun media sosial Instagramnya, malam semalam.
Menerusi posting tersebut, Fathia memuat naik foto keratan berita mengenai pengakuannya kepada akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.
Dia turut menulis kapsyen meminta maaf kerana telah menunjukkan contoh tidak baik kepada orang ramai dan tidak menyedari tentang ‘kebocoran’ video tersebut.
Dia juga meminta supaya orang ramai tidak menyalahkan Natasha Elyzza kerana pelakon Kimchi Untuk Awak itu tidak bersalah.

Dalam pada itu menerusi laporan New Straits Times, Fathia memberitahu sesi menari tersebut hanya di antara dia dan beberapa orang rakan wanitanya ketika menyewa sebuah villa.
"Itu adalah saya. Ketika itu saya dan beberapa rakan berada di villa yang disewa.
"Sesi menari itu hanya di antara saya dan rakan-rakan perempuan dan kami menari di dalam bilik mandi," katanya.
Menurut Fathia lagi, dia berasa malu dengan apa yang terjadi. Malah dia tidak menyedari video mereka dirakam menerusi aplikasi Bigo Live juga boleh diakses oleh orang ramai.
#Bigo Live #Fathia Latiff #laman sosial #Media #media sosial #menari seksi #mohon maaf #video
;