"Men In Black 4" dilaporkan sedang dalam pembikinan selepas filem ketiganya berjaya meraih kutipan 624 Juta dolar.

Oren Uziel, yang kini sedang sibuk dengan sekual "21 Jump Street", telah dipilih sebagai penulis skrip filem itu.

Masih berada pada awal perancangan, ia masih tidak dapat dipastikan sama ada Will Smith akan kembali dalam francais itu.

Pelakon utama itu bagaimanapun pernah menyuarakan kehendak untuk terus menjayakan watak Ejen J selepas filem ketiganya mendapat respons positif.

Josh Brolin dan Emma Thompson juga masih belum dipastikan akan terus membintangi filem keempat ini yang mengisahkan ejen khas membanteras mahkluk asing./