Memancing bawa TV, mesin basuh? Pemuda ini berjaya hasilkan 'power bank' gergasi
Gempak
Februari 5, 2022 11:42 MYT
Februari 5, 2022 11:42 MYT
MENGAGUMKAN! Itu tanggapan selayaknya diberi kepada seorang pemuda apabila berjaya membina power bank gergasi yang mempunyai kapasiti 27,000,000mAh.
Mula tular di laman media sosial Weibo, lelaki warganegara China itu menunjukkan caranya menghasilkan power bank tersebut menerusi sebuah video.
Menurutnya, untuk menghasilkan peranti sebesar itu, dia perlu memotong dan mengimpal besi bagi membina rangka untuk sel tenaga.
Jelasnya, disebabkan saiz yang besar, kapasiti power bank pula boleh mengecas 5,000 buah telefon bimbit yang mempunyai kapasiti bateri 3,000mAh.
Tambah mengagumkan, power bank ini dilengkapi 60 palam kuasa yang boleh digunakan untuk pelbagai alatan elektronik seperti komputer riba.
Malah, ada beberapa babak video yang memperlihatkan pemuda tersebut berkhemah sambil menggunakan power bank itu untuk menghidupkan televisyen, periuk nasi dan mesin basuh. Hebat!
Difahamkan, usaha untuk menghasilkan power bank 'gergasi' itu dibuat selepas lelaki tersebut mencemburi rakan-rakannya yang sering membawa power bank bersaiz besar.
Sumber : Technave, Weibo
Artikel asal di Gempak