Meghan Markle dilarang makan bawang putih pula

Gempak
Julai 2, 2018 20:01 MYT
Ratu Elizabeth melarang Meghan menikmati bawang putih bukan tanpa sebarang alasan tetapi mahu isteri kepada Putera Harry itu bebas daripada bau mulut yang disebabkan bawang putih.- Sumber: Imaji.live
SELEPAS melangsungkan pernikahan dengan Putera Harry pada 19 Mei yang lalu, Meghan Markle secara rasminya menjadi anggota keluarga kerabat diraja British.
Sudah tentunya berbagai peraturan istana yang perlu dipatuhi dan salah satu peraturannya adalah tentang etika makan di khalayak umum.
Seperti diketahui, Meghan amat menyukai bawang putih di dalam semua masakannya tetapi dia terpaksa melupakan bawang putih selepas berkahwin.
BACA: Meghan Markle langgar protokol lagi!
BACA: Sudah dapat putera idaman, Meghan Markel kini dilarang lakukan 9 perkara ini
Ratu Elizabeth melarang Meghan menikmati bawang putih bukan tanpa sebarang alasan tetapi mahu isteri kepada Putera Harry itu bebas daripada bau mulut yang disebabkan bawang putih.
"Kita tidak boleh menyediakan makanan yang dimasak dengan bawang putih atau terlalu banyak bawang," kata cef diraja British, Darren McGrady.
Namun begitu, Meghan masih dibenarkan untuk makan apa sahaja yang dia mahu. - Teks: Noor Zulaikha Yusof
#bawang putih #diraja #England #Meghan Markle #Putera Harry
;