Mediasi kes cerai Ari Wibowo, Inge gagal temui jalan penyelesaian
Agensi
Mei 15, 2023 06:30 MYT
Mei 15, 2023 06:30 MYT
JAKARTA: Proses mediasi kes perceraian pelakon terkenal Indonesia Ari Wibowo dan isteri, Inge Anugrah yang berlangsung di Mahkamah Negeri (PN) Jakarta Selatan dilaporkan tidak menemui jalan penyelesaian.
Pelakon berusia 52 tahun itu memaklumkan bahawa sesi mediasi pada Isnin gagal membuat dirinya dan isteri kembali rujuk.
“Hasil perbicaraan mediasi tidak membuahkan hasil,” kata Ari Wibowo di Mahkamah Jakarta Selatan pada Isnin.
Aktor yang pernah membintangi filem tempatan berjudul Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami ini memaklumkan, hakim dalam proses mediasi berharap dia dan Inge dapat kembali berdamai.
Bagaimanapun, pelakon itu akan berbincang dengan isteri yang dikahwininya sejak 16 tahun lalu.
“Dalam dua minggu lagi kami akan bertemu semula kerana, ya, nama hakim mediasi mahu didamaikan. Mungkin ini perkara yang perlu saya bincangkan,” katanya.
Ricky Saragih selaku peguam Ari Wibowo turut berkata perkara sama yang mana dia tidak nampak sebarang kemungkinan anak guamnya dan Inge Anugrah boleh berdamai.
Jelas Ari Wibowo, tidak mungkin dia dapat berbaik semula dengan isterinya kerana kecewa dengan apa yang disampaikan kepada media.
“(Apa yang mengecewakan) ialah apa yang (Inge) katakan kepada media. Semua pembohongan itu membuka mata saya bahawa ternyata orang yang telah bersama saya selama 17 tahun sebenarnya boleh mengeluarkan kata-kata seperti itu,” kata Ari.
Sementara itu, Ari dan Ricky menghormati peraturan Mahkamah Agung dan menunggu tarikh perbicaraan yang diadakan 29 Mei depan.
Untuk rekod, Ari mendirikan rumah tangga dengan Inge pada 7 Julai 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kenzo dan Marco.