'Media sosial banyak bantu promosi filem Jwanita' - Maya Karin
Astro Awani
Oktober 6, 2015 21:15 MYT
Oktober 6, 2015 21:15 MYT
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melaporkan filem Jwanita telah mengutip lebih RM604,000 dalam tempoh lima hari pertama tayangan.
Malah dengan sambutan dan respon di luar jangkaan yang ditulis peminat melalui media sosial, Jwanita dianggarkan boleh melangkaui kutipan lebih RM1.5 juta sehingga tempoh tayangannya tamat di panggung.
Filem Jwanita masih meneruskan tayangannya di panggung seluruh negara untuk minggu ketiga.
Pelakon utamanya, Maya Karin berkata, sambutan Jwanita sebenarnya banyak dibantu oleh promosi yang dibuat di media sosial.