#MawaRaf tidak boleh puaskan hati semua pihak - Raf Yaakob

Khairunnisa Kasnoon
Disember 8, 2017 19:52 MYT
RAF: Nilailah seseorang itu menerusi dalaman beliau dan bukannya luaran - Instagram @rafyaakob
"SABARLAH kalian. Satu per satu"
Suami kepada Mawar Rashid, Raf Yaakob meminta semua netizen mendoakan yang baik-baik sahaja terhadap ikatan yang baru dimeterai itu.
Raf membalas reaksi netizen yang mengecam video menari Mawar pada majlis resepsi perkahwinan mereka.
Raf menyifatkan netizen menyalah erti kenyataannya sebelum ini yang menyelar segelintir kumpulan wanita bertudung yang mengkritik tindakan dalam video tular itu.
“Ramai betul yang tak baca betul and tak faham statement Raf. I didn’t say ALL yang bertudung. I’m talking to some bertudung, tapi dok maki-maki condemn sana sini macamlah kenal sangat Mawar.
"Janganlah yang bertudung lain pun terasa sama. I’m directing to a certain group of people only.
"Bertudung itu wajib, takkan la saya tak tahu. Sampai masa dia pakailah. Dulu sebelum kahwin, kecam bila nak kahwin.
"Kahwin tak sampai sebulan, dah kecam tak pakai tudung.
"Sabarlah kalian. Step by step. Doakan yang baik-baik saja. Tak perlu nak maki-maki sana-sini,” ujarnya menerusi akaun Instagram.
Katanya, keluarga mereka berdua juga tidak sebegitu dan berharap isu ini tidak terus diperkatakan.
Family saya dan family Mawar pun tak camtu. Hope this clear things up. This is the last time I’m going to talk about this,” tegasnya.
Pelakon, pengacara TV dan juga usahawan itu meminta netizen tidak terus menghukum seseorang individu tanpa mengenalinya terlebih dahulu.
Dengan nada sinis, Raf meminta mereka yang mengkritik itu berfikir terlebih dahulu sebelum memberi komen.
Tegasnya, dia dan isteri tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
“Nilailah seseorang itu menerusi dalaman beliau dan bukannya luaran. Apa guna bertudung kalau hati hitam asyik nak condemn and cari salah orang. Playing god much? Who are we to judge seriously?
"Think about it. I rather be friends with someone yang hatinya bersih. If you have nothing nice to say, might as well you keep quiet.
"Doakan yang baik-baik saja kan lebih afdal. Terpulanglah. Tepuk dada tanya selera.
"#MawaRaf is not here to please everyone. Salam Jumaat. #JanganTerasa#SayaIkhlasDalamBerkatakata,” tulisnya lagi.
#kahwin #Mawar Rashid #Mawaraf #menari #perkahwinan #Raf Yaakob #tudung #video
;