Mawar Rashid umum berpisah dengan suami
Gempak
November 23, 2023 13:10 MYT
November 23, 2023 13:10 MYT
PELAKON Mawar Rashid mengesahkan dirinya kini sudah berpisah dengan suaminya, Raf Yaakob.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Mawar menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram di ruangan IG Story miliknya.
Menurut Mawar, mereka berpisah kerana tidak lagi wujud persefahaman antara satu sama lain.
“Kami berdua telah bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya masih lagi mempunyai hubungan baik dan akan sentiasa begitu.
“Fokus utama kami sekarang adalah untuk memberikan semua sokongan dan menyayangi keperluan anak-anak kami.
“Kejayaan bersama-sama untuk menjaga anak (co-parenting) adalah penting dan merupakan sesuatu yang akan kami usahakan Insya-Allah,” maklumnya.
Dalam pada itu, Mawar juga berharap tiada lagi spekulasi atau komen negatif berkenaan perkahwinan mereka selepas ini.
“Kepada rakan-rakan media, terimalah kenyataan ini sebagai satu-satunya kenyataan daripada kami berdua. Kami harap anda semua akan menghormati ini.
“Kepada followers, kami berharap anda semua dapat mendoakan yang baik untuk kita berdua. Tolong jangan membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang perkara negatif.
“Kami berdua benar-benar kesal untuk berkongsi berita ini dengan anda semua. Namun, ini adalah yang terbaik untuk kami berdua.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga kata-kata baik anda. Ia benar-benar bermakna kepada kami,” tulisnya.
Terdahulu, pada 10 Oktober lalu Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mengejutkan banyak pihak apabila berkongsi foto tidak lagi berhijab.
Sejak dari itu dia tidak memberi sebarang kenyataan berhubung tindakannya itu.
Namun baru-baru ini Mawar telah memadam gambar tidak bertudung di laman sosial miliknya.
Disebabkan tindakannya itu, ramai yang membuat spekulasi rumah tangga Mawar dan Raf mengalami masalah. - Gempak