Mawar Karim nafi dakwaan sudah 3 bulan jadi isteri 'Datuk Z'

Gempak
Jun 1, 2022 09:50 MYT
MAWAR: "Dah nama pun dalam proses mengenali Tentulah hajat di hati itu nak kahwin secepat mungkin. Tentang dakwaan dah berkahwin tiga bulan itu, saya nafi. -Gempak
USAHAWAN popular Mawar Karim tampil mengulas mengenai dakwaan sumber di media sosial yang mendakwa dirinya sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Z sejak tiga bulan lalu.
Tegas Mawar, 33, dakwaan itu sama sekali tidak tepat dan masih dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka yang berbeza usia 10 tahun.
"Dah nama pun dalam proses mengenali… tentulah hajat di hati itu nak kahwin secepat mungkin.
"Tentang dakwaan dah berkahwin tiga bulan itu, saya nafi.
"Tak mungkin saya akan berkahwin sekarang sebab banyak lagi urusan masih perlu diselesaikan antaranya kes di mahkamah sebelum ini," katanya.
Menerusi khabar yang tular di media sosial, Mawar didakwa telah berkahwin dengan Datuk Z di sebuah majlis yang diadakan di Bukit Tinggi, Pahang.
Mengulas lanjut, Mawar mengakui kurang selesa apabila kerap diperhatikan dan dijadikan bahan cerita di platform media sosial.
"Saya ini bukan penyanyi, bukan pelakon atau pengacara. Saya ini orang berniaga. Lainlah kalau saya ini macam Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Kalau saya artis dan kemudian orang tanya-tanya, saya faham. Saya selesa untuk bercakap hal kerjaya saja.
"Bagi saya, hal peribadi terlalu privasi untuk diceritakan pada umum.
"Bukan apa, saya ini takut kalau hal yang baik (kahwin) macam ini tak jadi. Malu nanti.
"Maklumlah kita ini hanya merancang, Allah SWT yang menentukan," ujarnya.
Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
*Artikel asal di Gempak
#Datuk Z #Fizo Omar #Wan Maryam #Mawar Karim
;