Mat Moto mengganas, kutip RM1 juta pada hari pertama tayangan

Astro Awani
Januari 15, 2016 16:03 MYT
Filem Mat Moto berjaya mengutip RM1 juta pada hari pertama tayangannya yang bermula 14 Januari.
FILEM Mat Moto arahan Pekin Ibrahim dengan kerjasama Syafiq Yusof kini mengganas di pawagam seluruh Malaysia.
Menerusi satu tweet yang ditulis oleh dua pengarah filem tersebut, filem itu dikatakan telah mengumpulkan kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangannya.
Filem itu mula ditayangkan pada 14 Januari lalu.

Alhamdulillah . First day .. Mat moto 2016 .. Kutip Lebih 1juta . Terima kAsih Yg menonton . Terus Kan sokongan !

— pekinibrahim (@pekinibrahim7W) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Alhamdulillah... #matmoto2016 kutip RM 1 Juta hari pertama tayangan! Syukur Ya Allah... Segala yg baik datang dariNya dan yg buruk dari kami

— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) January 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Akaun Twitter yang banyak melaporkan situasi terkini industri filem tempatan, Filem Kita @FilemKita pula berkongsi foto-foto rakam skrin yang memaparkan jualan tiket di panggung yang dipenuhi penonton sejak malam tadi.

Website GSC versi baru sudah boleh tunjuk keadaan panggung yang sold out. Ini contoh panggung sold out #MatMoto2016 pic.twitter.com/7C7oGUvxYS

— FILEMKITA.com (@FilemKita) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#MatMoto2016 - GSC East Coast Mall masih ada 6 tayangan selepas pukul 12 malam ini, dan semuanya padat dgn penonton! pic.twitter.com/n9U77dnrTw

— FILEMKITA.com (@FilemKita) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#MatMoto2016 - GSC Dataran Pahlawan(Melaka) pula menambah 2 lagi tayangan selepas pukul 1 pagi nanti. Jarang berlaku pic.twitter.com/Rl3frBhzZj

— FILEMKITA.com (@FilemKita) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

2 lagi lokasi yg akan tayang #MatMoto2016 pada pukul 1 pagi nanti ialah GSC Mid Valley & Pavilion. KL pun menjerit! pic.twitter.com/KN9mspNiwn

— FILEMKITA.com (@FilemKita) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

GSC Sunway Carnival (Penang), full house 10.30 malam tadi, hari pertama tayangan #MatMoto2016 pic.twitter.com/vIibkCkCim

— FILEMKITA.com (@FilemKita) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

GSC Seremban, 2 single seat kosong pada 9.55 malam, hari pertama tayangan #MatMoto2016 pic.twitter.com/sRllQvPdel

— FILEMKITA.com (@FilemKita) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

GSC Putrajaya, 10.30 malam, hari pertama. Memang ramai yg tak mau lepas peluang jadi org pertama tonton #MatMoto2016 pic.twitter.com/UbqhT4fmHH

— FILEMKITA.com (@FilemKita) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem itu turut menerima tempias kontroversi apabila terdapat sebuah lagi filem dengan tajuk sama arahan Ahmad Idham yang ditayangkan pada tahun lalu.
Di media sosial, penggemar filem mula mencoret pandangan mereka setelah menonton filem tersebut.
Rata-ratanya menyukai filem yang turut dibintangi pelakon Pekin Ibrahim, Falisha Crossley, Zul Huzaimy, Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Cat Farish dan ramai lagi.

terbaikk #matmoto2016

— nama saya matwak (@matt_wakk) January 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#matmoto2016 kutip RM1juta hari pertama tayangan. Itu belum tayangan hujung minggu. 28 january giliran #OlaBola (serentak dgn The Revenant).

— Rewan Ishak (@rewan_ishak) January 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Surprised, but pleasantly so, that #MatMoto2016 is hot at the box-office!

— Man Bai Roti (@mamuvies) January 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#matmoto2016 memang the best hilang stress addmath

— Dyh. (@tshadyh_) January 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#matmoto2016 mengingatkan zaman aku bermoto dulu. dari honda c70 smpi dpt pakai 125z gune duit sendiri.

— Incik Boss ®(@shahrilnurul) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Demam #matmoto2016 pic.twitter.com/T5xyFNlXny

— muslim (@slengggg) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak puas rasa tengok #matmoto2016 tadi rasa nak tengok lagi

— JXMI (@Najmi_Mahmud) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Biar hati tak bertaman, asalkan hati beriman. - #MatMoto2016

— aiza khan (@aizaakbar) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terima kasih abang AL @pekinibrahim7W , sebab suami saya pun "mat moto bukan mat rempit" #matmoto2016 pic.twitter.com/dPgBm07DIZ

— (@ainfedor) January 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem ini mengisahkan mengenai AL (Pekin Ibrahim), seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat memiliki empat jenis helmet istimewa yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air.
Pada masa sama Sikha (Falisha Crossley), seorang pelajar praktikal di pejabat AL turut mengikuti lelaki itu dalam pengembaraan untuk mencari keempat-empat helmet tersebut dan ketika itu bermula bibit cinta di antara mereka.
Filem ini telah menjalani pengambaraan pada hujung bulan Mei 2015 di tujuh buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah,Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Sekumpulan besar mat motor tempatan telah menjadi pelakon tambahan untuk setiap lokasi. Filem ini juga telah mendapat sokongan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Untuk mendapatkan pandangan terkini penonton, boleh layari media sosial dengan hashtag #MatMoto2016.
#Mat Moto #Pekin Ibrahim #Syafiq Yusof
;