Masih sentap! Sissy Iman tak jadi lancar album rakam di Abbey Road, tukar jadi derma
Gempak
Januari 24, 2023 14:12 MYT
Januari 24, 2023 14:12 MYT
RAJUK hati Sissy Iman masih belum sembuh... Selepas insiden di pentas sebuah rancangan nyanyian malam Ahad lalu, Sissy Iman nekad untuk melepaskan album yang dibikinnya sebagai derma.
Perancangan Sissy untuk melancarkan album terbabit yang dijadualkan pada 2 Februari nanti turut juga lebur.
"2/2/2023 adalah hari yang sepatutnya saya release my official merchandise untuk album yang saya rakamkan tahun lepas di Abbey Road.
"Physical CD dah settle print, kita tengah print mug, tshirt dan beberapa merch yang lain. Kita siap plan nak kumpul rakan-rakan media dan kawan-kawan rapat to do a press conference to share album yang Sissy usahakan with love ini.
"Tuhan sahaja yang tahu betapa excited I am for it tapi excitement itu mungkin dah lenyap sekarang ini," katanya.
Hasrat Sissy untuk menjual cenderamata istimewa itu serendah RM50 juga terpaksa dilupakan dan menukarkan ia sebagai derma ikhlas kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya.
"Pagi tadi bangun, bila nampak CD ni Sissy rasa tak boleh tengok. Asalnya Sissy nak jual RM50. Itu pun tak pulang modal apa pun, apatah lagi nak untung.
"Album ni memang telan banyak sangat cost dan semua Sissy tanggung sendiri atas duit cari makan selama hampir 10 tahun merangkak dalam industri. Tapi I think i can't even look at it tanpa rasa sedih jadi I'm letting this album go as donation saja.
"Donation starts at RM20. Sissy minta maaf sebab kena letak amount untuk Sissy cover sebahagian cost printing & postage saja. Jika korang berminat click link di bio Sissy ya. Terima kasih, may Allah bless all of you," ujarnya.
Ahad lalu Sissy gagal menahan sebak hingga menangis ketika dijurikan oleh penyanyi dangdut Mas Idayu selepas membuat persembahan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam versi keroncong. -- Gempak