'Masalah dia, masalah saya juga' - Man minta beri ruang pada Tauke selepas bercerai

Gempak
Januari 10, 2019 16:00 MYT
'Beri beliau ruang' ... - Foto Astro GEMPAK
PASANGAN Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Man menasihati orang ramai agar tidak menulis komen negatif di media sosial Tauke.
Kata Man, sebagai rakan sepasukan, dia memahami situasi yang berlaku dalam kehidupan peribadi Tauke dan mahu memberikan sepenuh fokus kepada MLM2018.
"Sahabat, partner dan orang yang memberi ruang dan peluang saya untuk join MLM2018, orang yang membentuk kumpulan TAMAN sekarag ini tengah dilanda dugaan dan cubaan yang amat berat
"Saya cuma mohon kengkawan doakan yang terbaik buatnya, semoga diberikan keringanan dan jalan keluar dari semua masalah yang menimpa beliau dalam beberapa minggu sahaja nak ke final MLM2018.
"Masalah dia, masalah saya juga... Cubit paha kiri, paha saya pun sakit gak.
"Janganlah ditambah beban yang ada dengan komen-komen yang negatif, takut berdosa atau berbalik pada keluarga kita.
"Semoga Tauke lebih tabah dan kuat, fokus dulu MLM2018, lepas tu kita selesaikan perlahan-lahan," tulisnya.
Kemelut rumah tangga Tauke mula menjadi perhatian apabila isterinya, Nadia mendedahkan hubungan mereka sudah berakhir.
Baca: EKSKLUSIF: "Saya & Tauke Jambu Dah Berpisah" - Nadia
Bagaimanapun, Tauke menafikan perkara terbabit dan menjelaskan berlaku perselisihan faham antara mereka.
Baca: Tak Pernah Lafazkan Cerai, Tauke Jambu Mahu Selesai Di Mahkamah
Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.
#cerai #keluarga #mahkamah #man #media sosial #rumah #tauke
;