'Masa dalam iddah tak perlu kahwin semula' - Bella Astillah dan Aliff Aziz rujuk, kini hamil anak kedua

Gempak
April 26, 2020 16:09 MYT
enerusi komen di Instagram (IG) miliknya, Bella turut akui kini dia sedang hamil anak kedua.
PENYANYI dan pelakon Bella Astillah akhirnya mendedahkan dia sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan penyanyi Aliff Aziz.
Menerusi komen di Instagram (IG) miliknya, Bella turut akui kini dia sedang hamil anak kedua.
Bersikap terbuka, Bella memohon doa semua pihak supaya mendoakan kebahagiaan rumah tangga dan anak dalam kandungan.
Dalam pada itu, Bella menjawab soalan sekiranya Aliff kembali dengan perangai seperti sebelum ini.
"Mengandung ke? Apapun tahniah la nak cakap apa lagi kan. Satu ja nak tanya kalau Aliff buat perangai macam mana? Tak serik ke?" tulis seorang pengikut.
Bella lantas menjawab soalan itu.
"Itu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu, saya jalani, tawakal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan," balasnya.
Sementara itu, Bella ketika ditanya mengenai dakwaan sudah kembali bersama Aliff Aziz menerusi segmen #ArtisDudukDiam bersama Astro Gempak, tidak menafikan atau mengiyakan perkara tersebut.
"Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan kami, saya hendak merahsiakan atau menipu tetapi biarlah biarlah masa yang menentukan.
"Doakan yang baik-baik. Terpulang kepada andaian masing-masing," katanya tersenyum penuh makna.
BACA: “Married, I'm The Better Half” - Bella Astillah Bagi Hint Dah Kahwin?
Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku curang bersama wanita lain.
Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia tiga tahun.
#Aliff Aziz #Bella Astillah #Bella Astillah hamil #Bella Astillah rujuk #hamil anak kedua
;