Marvel sahkan dua post credit untuk Captain Marvel

Asyraf Roslan
Februari 21, 2019 09:00 MYT
Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton filem Captain Marvel bagi mengetahui apa sebenarnya yang akan berlaku di dalam Avengers:The End Game - Gambar Twitter @MCU_Tweets
JIKA anda sememangnya mengikuti filem dari Marvel, sudah tentu anda akan menunggu setiap post credit bagi mengikuti kesinambungan filem-filemnya seperti Captain America, Iron Man, Thor dan juga Avengers.
Pada filem Avengers: Infinity War, ramai yang mengetahui Captain Marvel merupakan hero terbaharu yang mungkin menjadi salah satu penyelamat bagi siri Avengers yang seterusnya iaitu Avengers: The End Game.
Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton filem Captain Marvel bagi mengetahui apa sebenarnya yang akan berlaku di dalam Avengers: The End Game.
Bagi menambahkan lagi keterujaan anda, Marvel sudah mengesahkan akan ada dua babak post credit untuk filem ini.

#CaptainMarvel has been confirmed to have TWO post-credits scenes! https://t.co/NbAroWB74i pic.twitter.com/kCt8Me18xi

— MCU News & Tweets (@MCU_Tweets) February 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi menghormati pemergian Stan Lee, terdapat satu babak khas buat Stan Lee pada permulaan filem Captain Marvel.
Captain Marvel merupakan filem adiwira wanita pertama oleh Marvel Studios yang telah diumumkan penerbitannya secara rasmi pada Oktober 2014.
BACA: Legenda komik Marvel, Stan Lee, meninggal dunia pada usia 95 tahun
Filem yang diadaptasi daripada watak komik Marvel itu menampilkan Brie Larson sebagai Captain Marvel.
Turut menjayakan filem tersebut ialah Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury, Ben Mendelsohn sebagai Talos dan ramai lagi.
Filem sentuhan pengarah hebat Anna Boden dan Ryan Fleck itu akan mula menemui penonton pada 8 Mac 2019.
#Avengers #Captain Marvel #filem #Marvel #post credit #Stan Lee
;