Marsha Milan letak 7 syarat jika ingin jadi kekasihnya
Gempak
Julai 21, 2015 21:20 MYT
Julai 21, 2015 21:20 MYT
Bukan sedikit lelaki yang cuba mendekati pelakon dan penyanyi, Marsha Milan Londoh namun ada sahaja rintangan yang menyebabkan hubungan mereka tidak menjadi.
Justeru, adakah Marsha sendiri bersifat terlalu memilih? Atau Marsha sememangnya bersifat sombong sehingga tidak mudah untuknya memandang mana-mana lelaki?
Mungkin ada betulnya kenyataan tersebut kerana baru-baru ini, Marsha dikatakan telah meletakkan tujuh syarat jika seseorang lelaki tu ingin menjadi kekasihnya.
Apakah tujuh syarat itu?
Ok, jangan salah faham. Itu semua hanyalah skrip untuk drama terbaru lakonan Marsha sempena telefilem 'Aku Nak Kahwin Raya Ni' yang akan disiarkan esok 22 Syawal pada jam 10 pagi di Astro Ria.
Dalam telefilem tersebut, Marsha memegang watak sebagai Julia, seorang wanita angkuh berasal dari keluarga yang kaya.
Amar Baharin pula memegang watak sebagai Mahmud, seorang despatch di syarikat milik bapa Julia dan dia kemudiannya jatuh cinta kepada wanita sombong berkenaan.
Mahmud kemudiannya meluahkan perasaan kepada Julia.
Tindakan Mahmud itu mencabar pendirian Julia yang sombong lalu dia mengambil kesempatan ini untuk mengenakan Mahmud dengan meletakkan tujuh syarat sebelum Mahmud layak menjadi kekasihnya.
Tujuh syarat itu dapat diketahui dalam telefilem 'Aku Nak Kahwin Raya Ni' pada pukul 10 pagi esok di Astro Ria. Jangan lupa saksikan!