Mark Ruffalo, DJ Khaled, Gigi dan Bella Hadid antara selebriti zahir solidariti buat Palestin

Astro Awani
Mei 16, 2021 11:16 MYT
Ramai selebriti terkemuka tiodak hanya menzahirkan solidariti, malah mengecam tindakan Israel menyerang Palestin sehingga mengorbankan ratusan nyawa. -Foto Instagram\Gigi Hadid, Bella Hadid, Mark Ruffalo, DJ Khaled
PERGOLAKAN dan serangan tentera Israel ke atas bumi Palestin sememangnya membuka mata ramai, bukan sahaja para pemimpin negara, malah selebriti Hollywood yang turut melontarkan suara penentangan ke atas tindakan kejam tersebut.
Menerusi media sosial, ramai selebriti terkemuka tidak duduk diam menyatakan solidariti mereka, malah mengecam tindakan Israel menyerang Palestin sehingga mengorbankan ratusan nyawa dalam kejadian itu.
Gigi Hadid, Bella Hadid, Natalie Portman, Dua Lipa, DJ Khaled, dan The Weeknd tampil menggunakan laman Instagram untuk meluahkan rasa sedih dan tidak puas hati mereka tentang apa yang berlaku.
Model kelahiran Amerika Syarikat yang juga berdarah Palestin, Gigi Hadid dengan lantang mengungkap rasa kecewanya atas kekejaman yang dialami warga Palestin di Baitulmaqdis.
“Ini bukan soal agama, malah ia tidak pernah menjadi masalah agama.
"Ini adalah masalah politik, yang memerlukan jalan penyelesaian terbaik untuk Palestin dan Israel," kata Gigi Hadid di Instagram Stories.
Malah, adiknya Bella Hadid turut melakukan hal yang sama, dengan menyatakan dirinya amat sedih dengan apa yang berlaku.
"Saya rasa satu kesedihan yang mendalam terhadap Palestin. Saya menangis untuk saudara-saudara Palestin saya.
"Perkara ini harus diberhentikan, tidak ada ruang untuk kekerasan berlaku pada 2021.
"Kami (menyatakan diri dan keluarganya) bangga (menjadi) rakyat Palestin dan kami berdiri bersama Palestin,” jelasnya.
Malah, pelakon Mark Ruffalo turut memuat naik ciapan di Twitter dengan menyeru agar Israel membebaskan rakyat Palestin.

1500 Palestinians face expulsion in #Jerusalem. 200 protesters have been injured. 9 children have been killed. Sanctions on South Africa helped free its black people - its time for sanctions on Israel to free Palestinians. Join the call. #SheikhJarrah https://t.co/f9R6LYljez

— Mark Ruffalo (@MarkRuffalo) May 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, penerbit muzik, DJ Khaled turut mengambil peluang untuk bersuara menggunakan media sosialnya dengan menitip doa buat rakyat Palestin dengan memuat naik sekeping gambar Masjid Al-Aqsa.
"Kita perlukan keamanan dan rasa kasih kepada mereka di Palestin dan juga seluruh warga dunia," tulis DJ Khaled.
#Gigi Hadid #Bella hadid #Mark Ruffalo #DJ Khaled #solidariti terhadap Palestin #serangan kejam #rejim Zionis #Israel serang Palestin
;