Marion dedah rahsia bentuk badan menawan

Astro Awani
Februari 22, 2013 15:53 MYT
Berjaya mendapatkan semula bentuk tubuh ideal selepas bersalin, Marion Caunter mengakui tidak mempunyai rahsia yang khusus.
Cuma, profesion sebagai selebriti menjadi salah satu faktor mengapa dia berusaha keras.
Pemilik nama Marion Rose Caunter Abdullah ini amat menitik-beratkan disiplin dan mengamalkan pemakanan sihat.
Malah Marion juga memberi susu badan kepada anaknya, Leia Rose yang kini berusia 14 bulan.
Bercerita mengenai perkembangan program "E-News Asia!", Marion menjelaskan produksi berkenaan dihentikan buat sementara waktu.
Marion ditemui sewaktu sesi sidang media bersama bintang siri "Suits", Patrick J. Adams di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.
#marion rose caunter